Penyakit Chicken Pox ( Cacar Air)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua…Baru nak mula mengarang semula coz dua2 anak baru sahaja terkena serangan penyakit chicken pox.  Ambil cuti hampir 1 minggu. Tak tahulah anak2 terjangkit dari mana penyakit chicken pox ni tapi biasa la tu sebab setiap orang memang akan kena penyakit chicken pox ni.  Sakit dan pedih sangat bila pecah. Alhamdulillah makin baik dah. Husna nak kongsi sedikit maklumat pasal chicken pox ni.

Apa itu Penyakit Chicken Pox?

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
 Tanda dan Gejala Penyakit Chicken Pox
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
 Komplikasi/ Kesan Penyakit Chicken Pox
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
 Komplikasi Akibat Penyakit Chicken Pox
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
 Rawatan Bagi Penyakit Chicken Pox
 1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
2.  Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
3. Rawatan di rumah
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Sapu losyen calamine.
    • Panadol untuk demam
Pencegahan Penyakit Chicken Pox
 Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Rawatan Tradisional 

Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu.

KINI BERMULANYA EPISOD KEHIDUPAN BARU





indah sungguh hari Jumaat yang indah nie
bangun pagi tgk anak-anak kt tepi lena je tido
tesengih2 & senyum sofea
ntah ape agaknya die tgh mimpi kan
alangkah bahagianya menjadi baby kan 
baby xde masalah
xpayah nk pk ape2..yg penting baby xpayah pk mcm mana nk cr duit...

DUIT..MONEY..PITIS...ONGKOS
apa-apa bahasa pun
memang duit bkn segala-galanya
TAPI
segala-galanya dalam kehidupan nie memerlukan duit..

kerja makan gaji
RM4000
memang xcukup sgt...
bila difikirkan nape boleh jadi tak cukup
sedangkan suami isteri dua2 makan gaji
and list down ape  patut bayar tiap2 bulan still ade balance
byk lg
TIBA-TIBA
lupa daaa....dah ada dua anak rupanya
hehehehehe perasan bujang
susu sofea (susu masih susu ibu) +pampers 
RM600
bayaran taska jage my baby annisa dan sofea
RM450
Sofea dan annisa pulak memg cepat membesar
so kne beli seluar baru tiap2 bulan

HURMMM..
belum tambah lg..
SHOPPING
HOLIDAY
BALIK KAMPUNG
MAKAN2 KT LUAR
ETC

dan byk lg....bykkkk lg...
kene get ready EXTRA lg if kalau sakit..urgent nak duit ka..hope semua sentiasa sehat hendaknya

dalam hidup ni kita mesti ade impian kan
my biggest impian is 
nk hantar my parents pergi MEKAH
dapat hantar diaorg ke sana dah rasa lega rasanya

tapi...caranya mcm mana
dengan makan gaji+gaji buta (time tak wat keja)..
dapat ke penuhi impian tu...
rumah sendiri pun tak sempat2 nak renovate
smpi bila agaknya ek...

hari2 fikirkan hal ni
serabut otak hanya Tuhan yang tahu

Alhamdulillah...

satu hari tu ada kawan lama tanya pasal nak join tak
mulanya memang la tak minat pun
sbb dah lama pun mengkaji & dok baca website kawan sy nie
yang ajak saya join bukan fazi tapi eina juga kwn lama masa study dulu
rase betul2 kagum dgn pencapaian die fazi
NOW
die boleh capai 6figures income
dasyatnyeee

one day
kami set appoinment n jumpa
kat rumah jer masa tu kebetulan eina ada kursus kat ikram
dia bawa leader dia nama zuraida
banyak la info yang dapat
1st minta hubby yang join sbb rasa tak boleh nk kasi komitmen
lama juga hubby pk
last2 yang join bkn hubby tapi diri sendiri
alhamdulillah leader banyak support dalam bisnes premium beautiful nie
tak pernah kena tinggal pun
kalu nak seribu daya kalu tak nak memang jangan dipaksa
Walaupun tak pernah pun kenal Zurai tapi dia pun banyak membantu.
Tq to my leader eina, zurai n my old fren CDM Fazi

one day il wana be like her
saya mahu  berjaya untuk ANAK SUAMI DAN KELUARGA
AMINNN....

BOOK : WORLD WITHOUT BORDERS




PESTA BUKU KEMBALI...........

Siapa yang teruja membeli-belah banyak bahan bacaan???? 

Maka, panjang-panjangkanlah langkah kawan2 ke Dewan Tun Dr Ismail di PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2012 untuk memborong buku2 keluaran GBK (secara amnya) dan semua jenis novel2 ...Best sangat dapat pergi walaupun sekejap..Kalu ikutkan hati memang tak muat tangan nak beli tapi kena control..Saya tak pandai sangat nak citer...tengok gambar jer la..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


Yang mula2 nampak bile sampai kat PWTC sekitar jam 10.20 Pagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Masuk jer kat dalam tengok ramainya orang...Yang paling ramai budak-budak sekolah. Ada dari gombak, melaka, kuantan, perak, johor...Dari kuala lumpur & selangor memang banyak la..





Antara buku-buku yang di cari. Buku yang mengandungi tip-tip atau cara untuk menjalankan perniagaan..


Tak lupa juga la mencari buku untuk anak2..kalu bawa si sofea memang satu PWTC tu dia nak beli.


Jumpa plak dengan booth Ana Muslim..Shopping untuk sofea & nisa plak..



Nie Salah satu yang dibeli iaitu tabung. Kena beli tabung baru sebab syiling dah banyak.


Sempat juga capai lagi satu barang untuk sofea.


Kalu ikutkan memang rasa nak beli lagi....Tak per next year kita pergi..