Coretan Kisah Lalu

Bismillah... Assalamualaikum semua... Hampir lebih daripada 2 minggu saya tak menulis kat blog nie. Bukan dah hilang mood cuma sedikit sibuk dengan kerja-kerja harian dan juga semestinya part time business la...sebelum nak berceloteh panjang kita amik mood dulu dengan tengok gambar kereta baru cdm pertama johor nie, dah bertambah lagi satu. Dulu Toyota wish..Sekarang Toyata Estima la pulak..Best sangat tengok kejayaan my mentor nie..Kena beli kereta besar2 senang nak travel jauh2 sambil bawa anak2 sekali. Nak tdo pun lapang jer..hehe..Bile tengok CDM Fazi dengan new carnya terasa lagi la berkobar2..
Nie kereta dulu2 yang sama guna tuk rempit.
Dulu belajar sama2, tumpang kereta fazi jer ke kuliah..Waktu tu keta saga sedan jer tapi merempit habis..Tqvm fazi banyak membantu dari zaman belajar hingga la sekarang. Tak pernah hilang dalam ingatan ini, hanya berbekalkan 2 beg pakaian naik bas ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam, fazi amik kat stesen bas pastu pergi ke rumah mak long fazi..waktu tu fazi tinggal dengan mak long. Kami sama2 ke UTHM dengan kereta saga kesayangan fazi..Pergi sendiri jer lapor diri untuk sambung belajar..Tak nak menyusahkan mak ayah untuk hantar sebab jauh..Sian kat diorang..Gambel habis time tu kan..Dah daftar siap boleh pilih nak masuk kelas mana sbb kitaorang daftar lewat seminggu daripada kawan2 yang lain..Walaupun dah kerja sedap time tu, bile dapat panggilan untuk sambung belajar terus jer bagi 24 jam notis berhenti kerja...Kebetulan dapat asrama pun satu rumah dan juga satu bilik..Kami terpaksa la tdo katil atas sebilik dengan nana dan juga sharina a.k.a kemah..Kami dok ramai 10 orang satu umah tapi tak pernah rasa ramai pun..Bilik 1: Wate, wawa, allya & Kak su..Bilik 2: Husna, Fazi, Nana & Kemah, Bilik 3 :Syikin & ?(tak ingat) Ingat lagi cikgu senamrobik kita Allya. Dia la yang bawa budaya senaman dalam rumah petang2 selepas kelas. Memang selepas tu kurus2 belaka budak rumah..Dia pn dah kawin..masa br sambung belajar dia dah bertunang pn..nie gambar kwn2 masa master..wat makan malam kat Restoran Tuah Bersama.
Najidah,leya,ocal,kak su,wawa,nana,effa,wan,kak mie, kak nik,kak ina,nini,saliza,mas,kak ha, fith,kak fida, fazi, bong,zul, dilla, noraini, kak bet, fadhilah, husna & mantap..Tak lupa juga ketua kelas yang telah kembali rahmahtullah iaitu arwahyarham Mustazam Hashim. Arwah meninggal sebab komplikasi jantung. Kami baru menamatkan praktikal mengajar time tu..dia meninggal selepas kenduri kawin adik dia..sedihhhhhh & rasa nk nangis jer..banyak sgt kenangan waktu belajar dulu..program ko-ko kat melaka, program khidmat bakti.
Sampai la time praktikal mengajar. Untuk 2 bulan kat politeknik tanjung malim, pastu yang sebulan kat politeknik shah alam. Menumpang lagi kat rumah fazi. Untie pergi mekah menunaikan haji..Fazi dah sarat mengandung dalam 8 bulan nk masuk 9 bulan kalu tak silap la..Terima kasih banyak2 kat untie kasi tumpang rumah selama sebulan..tak bayar sewa plak tu..almaklum la student..hehehe..kawan2 kalu ada kesempatan boleh la dicadangkan untuk wat reunion..masing2 pun dah kawin & dah ada anak pun..mesti seronok kalu dapat berkumpul ramai2 kan.. Tak sangka juga dipertemukan lagi untuk bersama-sama dengan fazi dalam business yang cukup hebat nie iaitu business premium beautiful. InsyaAllah dengan dorongan daripada pemimpin2 pasti suatu hari saya pun akan berada di tempat seperti fazi juga..Nanti sambung lagi yer..nk kena keluar jap untuk hantar pakej..Akhir kata coretan daripada saya "Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."