Laksa Kedah...mai amik resepi




Laksa....Aummmm...sedapnya...laksa ada macam-macam jenis laksa..ada laksa asam, laksa kari, laksa penang, laksa kuala perlis, laksa kedah, laksa johor, laksa sarawak, laksa lemak...yang paling disukai oleh biasa la laksa kedah la sbb saya kan orang kedah..hehehe..tak der kaitan langsung kan..citer pasal laksa nie sbb semalam baru jer buat laksa..kalu makan laksa mmg tak kenyang2..kalu makan tiap-tiap hari pn ok jer..almaklum kalu ada laksa, nasi tolak kat tepi la jawabnya..meh kita tengok gambar laksa yang saya suka makan tu..kalu sapa-sapa nak resepi pun leh juga saya sertakan kat cnie..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 nie laksa kedah..

 Laksa penang

Laksa Johor

 Laksa kari



Laksa sarawak

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 kg ikan sardin/kembung/selayang  – saya guna ikan sardin segar
  • 4-6 biji cili kering, direbus dan dimesin
  • 1/2 labu bawang besar-dimesin
  • 6 ulas bawang merah-dimesin
  • 4 ulas asam keping  – masukkan 4 dulu lepas tu tambah jika perlu
  • 1 batang bunga kantan
  • segengam daun kesum
  • 1/2 bungkus laksa
  • sedikit belacan..(kalu yang tak gemar belacan tak perlu masukan)
  • garam secukupnya
  • 1 1/2 – 2 liter air
Bahan hiasan
  • Ulam-ulam kegemaran anda
  • telur rebus
  • sebiji timun, dihiris halus
  • bawang besar-dihiris halus
  • bunga kantan-dihiris halus
  • cili padi/cili merah – dihiris halus
  • nenas-dihiris nipis (jika suka)
  • limau kasturi
 tertarik pula saya tengok laksa basah jenis ini dijual di kedai runcit area rumah saya
Cara-caranya:-
 Laksa
  1. Memandangkan saya menggunakan laksa basah maka saya rebus sekejap saja iaitu dalam anggaran 10 minit. Bila nak makan baru masukkan dalam penapis dan tapis sehingga kering air.
Kuah:-
  1. Bersihkan ikan. hanya buang isi perut ikan sahaja dan basuh bersih. 
  2. Rebus ikan dengan 800ml air dalam 20-30 minit bersama-sama dengan 2 keping asam keping. Keluarkan ikan dari periuk tapi air rebusan tu jangan dibuang. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan. Pastikan isi ikan itu tiada tulang yang kecil-kecil tu. Masukkan isi ikan dalam bekas yang lain.
  3. Masukkan air rebusan, tulang ikan, kepala ikan, dan blender sehingga lumat. Tapis ambil pati yang pekat. Pastikan anda tapis elok2. Bersihkan blender anda.
  4. Blender pula cili, bawang dan isi udang sehingga lumat.
  5. Masukkan cili yang diblender dan pati tulang ikan dalam periuk. Masukkan air selebihnya dan asam keping. Masak dengan api yang sederhana perlahan sehingga ia mendidih.
  6. Lenyek2 isi ikan anda dengan belakang sudu. Isi ikan boleh juga diblender. Masukkan kedalam periuk.
  7. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  8. Biarkan ia sehingga betul-betul masak dan berasa asam. Masukkan garam dan tambah asam keping lagi jika anda rasa perlu.
  9. Angkat dan boleh dihidangkan bersama laksa dan bahan hiasan yang lain.
Selamat mencuba kawan-kawan semua..kalu tak jadi boleh contact saya yer..



0 comments:

Post a Comment