
Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
- Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
- Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
- Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
- Berdiri terlalu lama.
- Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
- Duduk membongkok di kerusi.
- Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
- Memakai kasut bertumit tinggi.
- Postur yang tidak betul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
10. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.
11. Kegemokan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.
12. Stress
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.
13. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.
Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.
- Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
- Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
- Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
- Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
- Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
- Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
- Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
- Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
- Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
- Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
- Gunakan PREMIUM BEAUTIFUL KORSET untuk membantu menyokong tulang belakang.(Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak Premium Beautiful amat-amat sesuai kerana F.I.R yang terdapat pada kain mampu melegakan sakit bahagian belakang)
For Free Trial & Consultancy
Contact / Pm
Husna
019.3288439

0 comments:
Post a Comment